Daun bidara adalah sejenis daun yang secara khusus digunakan merawat penyakit rohani seperti gangguan emosi, susah tidur, gangguan makhluk halus, sihir, saka dan santau.
Sebagaimana yang disebutkan oleh Abul Hassan Ali Ibn Khalaf ;
"Hendaklah dia mengambil 7 helai daun bidara hijau yang segar lalu menumbuknya diantara dua batu iaitu menggunakan lesung kemudian digaul dengan air lalu dibacakan ayatul kursi, 3 qul, termasuk surah Al-Kafirun. Kemudian dihirup 3 kali dan hendaklah dia mandi dengan air tersebut. Sesungguhnya ia akan menghilangkan apa sahaja yang dihidapinya dengan izin Allah S.W.T".